Saturday, May 28, 2011

Seminar Pemantapan Pengurusan Hal Ehwal Umrah 1432H

Sama ada suka atau tidak, sudah sampai masanya Agensi Pelancongan yang terlibat dengan Industri Umrah bergerak dengan lebih bersistematik. Apatah lagi, sering berita ketidakpuasan hati Jemaah Umrah yang tertipu dengan agensi-agensi yang tidak bertanggungjawab.Justeru itu pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2009, telah diberikuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan berhubung dengan pengendali pelancongan berlesen yang mengendalikan pakej umrah mengikut Seksyen 40, Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. Tujuannya, tidak lain untuk mengekang isu penipuan terhadap Jemaah Umrah.

Peranan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA telah memutuskan untuk mengadakan Seminar Pemantapan Pengurusan Hal Ehwal Umrah1432H amat kena pada ketikanya. Seminar ini bertujuan untuk membolehkan pihak Operator Umrah benar-benar memahami kehendak kerajaan, Kementerian Haji/Umrah Arab Saudi dan JAWHAR serta juga memahami keperluan-keperluan bisnes perkhidmatan Umrah serta cabaran-cabarannya supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan kepentingan para jemaah sentiasa terpelihara.

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2011 baru-baru ini, saya dapat menyertai seminar ini yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Semoga Imtiyaz Travel dapat berperanan dan membantu tenaga untuk memastikan niat murni itu terlaksana.

Kawan Baru...Dengan Dialah Kemana-Mana




Laman Web Imtiyaz Travel

Semua pengunjung dipelawa untuk melawat Laman web Syarikat Imtiyaz Travel & Tours Sdn Bhd. SIla klik http://www.imtiyaztravel.com Maklumat terkini tentang Imtiyaz Travel terdapat di sana.Silalah..

Monday, March 7, 2011

Pakej Umrah 2011